Hari Komuniti Pintar Kemaman

Jumaat - Ahad | 22 - 24 Julai 2016

Hari Komuniti Pintar Kemaman merupakan inisiatif daripada pihak MCMC yang bertujuan untuk mempromosikan inisiatif komuniti pintar dalam membangunkan dan memanfaatkan ekosistem ICT dalam kalangan komuniti setempat. Program ini di rasmikan oleh Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek dan disaksikan oleh Pengerusi MCMC, Dato’ Sri Dr. Halim Shafie dan dihadiri oleh seluruh warga Kemaman. Program ini diadakan di Pejabat Daerah dan Tanah Kemaman. Pihak PI1M dijemput untuk membuat promosi berkenaan Pusat Internet sebagai usaha untuk memperkenalkan lagi fungsi dan matlamat Pusat Internet kepada orang ramai kerana Pusat Internet 1Malaysia juga merupakan salah satu inisiatif yang diperkenalkan dalam Komuniti Pintar Kemaman. Antara aktiviti yang dijalankan di booth kami adalah pertandingan boling, dam ular, teka silang kata Klik Dengan Bijak, promosi pendaftaran ahli serta hebahan dan pameran mengenai aktiviti di Pusat Internet 1Malaysia.

Matlamat utama program ini adalah untuk mempromosikan inisiatif komuniti pintar dalam membangunkan dan memanfaatkan ekosistem ICT dalam kalangan komuniti setempat.

Jumlah Yang Hadir : 1000 Orang++
Masa : 8.00 Pagi ~ 7.00 Petang


Aktiviti Sokongan :

1. Program PI1M Explorace Daerah Kemaman
2. Pertandingan Dekorasi Kek
3. Pertandingan Mewarna dr Tadika Kemas Tok Kapur Binjai
4. Pertandingan Anyaman
5. Pameran Booth daripada Syarikat Penyediaan makanan Badan Beruuniform, di bawah MCMC, Gerai jualan pengusaha-pengusaha IKS

Berikut adalah gambar semasa aktiviti ini dijalankan:

1. Program PI1M Explorace Daerah Kemaman
• Juara di menangi oleh wakil dari PI1M Binjai


2. Pertandingan Dekorasi Kek


3. Pertandingan Mewarna dari Tadika Kemas Tok Kapur Binjai
• Pemenang tempat pertama pertandingan mewarna dimenangi oleh Tabika Kemas Tok Kapur Binjai


4. Pertandingan Anyaman Ketupat
• Pemenang Tempat ke 3 dimenangi wakil dari Binjai


5. 2 wakil usahawan dr PI1M Binjai


6. Sekitar booth PI1M Kemaman
• Pendaftaran ahli








Kembali ke halaman utama