PROGRAM ADVOKASI DAN KDB BERSAMA MURID-MURID TABIKA KG BARU 1 ,2 DAN 3

Aktiviti terkini | 26 Februari 2017

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet 1Malaysia Kg. Baru Kemasik

Tujuan :
• Mempromosi dan memperkenalkan PI1M kepada institusi pendidikan khususnya pelajar sekolah.
• Mendedahkan pelajar tentang bahaya penyalahgunaan internet di kalangan generasi masa kini.
• Mendidik pelajar mengenai etika dan ciri ciri keselamatan ketika melayari internet pada masa akan datang.
• Melahirkan komuniti yang celik IT selaras dengan usaha kerajaan untuk meluaskan lagi inisiatif Komuniti Pintar Kemaman (Kemaman Smart Community) melalui platform “Internet of Things” (IOT).

Butiran Aktiviti Berkaitan:
Pada 26 JANUARI 2017 yang lepas, Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Kg baru Kemasik dengan kerjasama PI1M Anak Dara, PI1M Bukit Kuang, PI1M Binjai, dan PI1M Cherol telah mengadakan Program Advokasi Mesra ICT di Tabika Kemas Baru. Seramai 80 orang murid Tabika Kemas dan 3 orang guru terlibat sama dalam program tersebut. Program yang dijalankan selama 3 jam ini merangkumi aktiviti seperti taklimat KDB/Asas ICT, tayangan video, dan aktiviti berkumpulan bersama kanak-kanak Tabika.

Kebaikan dan Kelebihan Aktiviti :
• Mempromosi dan memperkenalkan PI1M kepada institusi pendidikan khususnya pelajar sekolah/Taman Bimbingan Kanak-Kanak(Tabika).
• Pendedahan awal kanak-kanak tabika mengenai Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).
• Menyemai minat awal kanak-kanak terhadap bidang Teknologi Maklumat.
• Menerapkan nilai-nilai positif dan etika penggunaan Internet, Telefon Pintar dan gajet-gajet yang digunakan oleh kanak-kanak.

Perlaksanaan Aktiviti Utama :
• Pengenalan PI1M
• Taklimat KDB & Advokasi
• Permainan menampal kertas warna warni
• Perkataan ADVOKASI
• Perkataan PI1M
• Perkataan KDB 2017
• Taklimat Pengenalan Alatan Komputer danTatacara Pengunaan
• Menyanyi bersama kanak-kanak tabika
• Sesi pembahagian hadiah & cenderahati kepada guru bertugas
• Sesi bergambar

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :