PROGRAM ADVOKASI DAN KDB BERSAMA MURID-MURID TABIKA KG BARU KEMASIK & COLOURING ONLINE

Aktiviti terkini | 14 & 19 Mac 2017

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet 1Malaysia Kg. Baru Kemasik & Pusat Internet 1Malaysia Binjai

Tujuan :
• Mempromosi dan memperkenalkan PI1M kepada institusi pendidikan khususnya pelajar sekolah.
• Mendedahkan pelajar tentang bahaya penyalahgunaan internet di kalangan generasi masa kini.
• Mendidik pelajar mengenai etika dan ciri ciri keselamatan ketika melayari internet pada masa akan datang.
• Melahirkan komuniti yang celik IT selaras dengan usaha kerajaan untuk meluaskan lagi inisiatif Komuniti Pintar Kemaman (Kemaman Smart Community) melalui platform “Internet of Things” (IOT).

Kebaikan dan Kelebihan Aktiviti :
• Mempromosi dan memperkenalkan PI1M kepada institusi pendidikan khususnya pelajar sekolah/Taman Bimbingan Kanak-Kanak(Tabika).
• Pendedahan awal kanak-kanak tabika mengenai Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).
• Menyemai minat awal kanak-kanak terhadap bidang Teknologi Maklumat.
• Menerapkan nilai-nilai positif dan etika penggunaan Internet, Telefon Pintar dan gajet-gajet yang digunakan oleh kanak-kanak.

Perlaksanaan Aktiviti Utama :
• Pengenalan PI1M
• Taklimat KDB & Advokasi
• Permainan menampal kertas warna warni
• Perkataan ADVOKASI
• Perkataan PI1M
• Perkataan KDB 2017
• Taklimat Pengenalan Alatan Komputer dan Tatacara Pengunaan
• Menyanyi bersama kanak-kanak tabika
• Sesi pembahagian hadiah & cenderahati kepada guru bertugas
• Sesi bergambar

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :