PROGRAM ADVOKASI SEMPENA PESTA KONVOKESYEN TATIUC KE-12

Aktiviti terkini | 11 November 2018

Tempat Aktiviti:
Dataran Dewan Konvensyen Terengganu Advance Training Institute University College

Tujuan :
• Memperkenalkan Pusat Internet kepada pengunjung serta pelajar TatiUc pada hari tersebut.
• Mempromosikan Produk Digi Touch Point yang ditawarkan oleh Pusat Internet.
• Medium advokasi Klik Dengan Bijak sinonim dengan sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet.

Kelebihan Aktiviti :
• Menarik minat pengunjung untuk menyertai aktiviti yang dijalankan oleh pihak Pusat Internet.
• Mengeratkan hubungan silaturahim antara staff Pusat Internet dengan pengunjung gerai jualan pesta Konvokesyen.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :