Booth Karnival Kijal Sejahtera (advokasi)

Aktiviti terkini |24, 25 & 26 Januari 2019

Tempat Aktiviti:
Bandar Baru Kijal (Bersebelahan Giant Kijal)

Tujuan :
• Memperkenalkan Pusat Internet kepada pengunjung Karnival Kijal Sejahtera. • Menarik minat pengunjung untuk menyertai aktiviti yang dijalankan oleh pihak Pusat Internet. • Mengeratkan hubungan silaturahim antara kakitangan Pusat Internet dengan pengunjung gerai jualan Karnival Kijal Sejahtera. • Mempromosikan Produk Digi yang ditawarkan oleh Pusat Internet. • Medium advokasi Klik Dengan Bijak sinonim dengan sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet.

Kelebihan Aktiviti :
Kami akan membuka booth Pusat Internet bagi mempromosikan perkhidmatan-perkhidmatan & produk-produk Digi Telecommunication Sdn Bhd selaku Digi Ambassadors kepada komuniti. Kami akan menyelitkan kandungan baru Klik Dengan Bijak sebagai aktiviti advokasi sepanjang program tersebut. Sim Digi Prepaid Live juga akan dipamerkan bagi tujuan jualan sepanjang karnival tersebut berlansung.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :