SUKAN RAKYAT SEMPENA BULAN SUKAN NEGARA

Aktiviti terkini | 26 Oktober 2019

Tempat Aktiviti:
Dataran Astaka dan Pusat Internet Pasir Gajah

Tujuan :
Program sukan rakyat ini diadakan bagi memastikan ianya sentiasa diingati serta masyarakat khususnya generasi muda perlu tahu mengenai sukan rakyat supaya ia tidak hilang ditelan zaman. Selain itu juga, program Sukan Rakyat ini sangat penting dijalankan oleh kerana ianya dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara penduduk kampung tidak mengira peringkat umur. Sekaligus, bertujuan untuk memupuk semangat kesukanan dalam diri masyarakat

Kelebihan Aktiviti :
• Menerapkan BUDAYA SUKAN dalam kalangan masyarakat.
• Memupuk SEMANGAT PERPADUAN dikalangan masyarakat sekitar dan kakitangan Pusat Internet.
• Memperkenalkan SUKAN RAKYAT atau Sukan Tradisional kepada semua masyarakat dan peringkat umur.
• Menyemarakkan Bulan Sukan Negara pada penduduk sekitar.
• Memperkenalkan Pusat Internet di sekitar daerah Kemaman dan perkhidmatan yang disediakan oleh Pusat Internet.
• Mempromosikan program Komuniti Pintar dengan kerjasama Pusat Internet Daerah Kemaman.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :

.