PROGRAM KLUSTER - PROGRAM PAMERAN DAN KAUNTER BERGERAK SEMPENA PROGRAM SINGGAH SANTAI MEMBACA BERSAMA KOMUNITI KERTEH

Aktiviti terkini |18 Jun 2022

Tempat Aktiviti:
Perpustakaan Awam Pekan Kerteh

Ringkasan Aktiviti :
• Pihak PEDi Kluster Kemaman merancang mengadakan beberapa aktiviti galakguna untuk pengunjung yang hadir pada hari tersebut.
• Para pengunjung dapat mengikuti aktiviti galakguna dengan lebih kerap dan secara tidak langsung dapat menarik minat mereka untuk terus mengunjungi PEDi di masa akan datang.
• Selain memperkenalkan lebih dekat fungsi dan perkhidmatan yang disediakan di PEDi, program ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan usahawan usahawan di bawah PEDi Daerah Kemaman serta barang jualan mereka.
• Program ini juga untuk menarik minat usahawan-usahawan lain untuk turut serta mengikuti program yang dijalankan oleh PEDi.


Tujuan :
• Menjadikan PEDi sebagai sumber informasi kepada penduduk setempat.
• Mempelbagaikan aktiviti anjuran PEDi dan SKMM amnya.
• Mempromosi perkhidmatan yang disediakan di PEDi.
• Memperkenalkan klik dengan bijak kepada orang awam.


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Pendaftaran ahli baru PEDi
• Pameran PEDi dan usahawan PEDi
• Perkongsian aktiviti atau program yang dijalankan di PEDi
• Aktiviti interaktif bersama pengunjung
• Pengenalan usahawan-usahawan PEDi dan barang jualan
• Perkongsian kisah kejayaan e-Usahawan Kluster Kemaman

Kelebihan Aktiviti :
• Mengeratkan hubungan silaturrahim dengan masyarakat setempat.
• Menyediakan platform kepada komuniti untuk meningkatkan taraf sosial dan ekonomi masyarakat setempat.
• Mempromosikan usahawan PEDI Kluster Kemaman dan barang jualan kepada pengunjung.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :

.