PROGRAM KLUSTER - TRASH TO CASH (KEMPEN KESEDARAN KITAR SEMULA E-WASTE)
Aktiviti terkini |20 Ogos 2022Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (Pedi) Felda Cerul
Ringkasan Aktiviti :
• Program ini diadakan bertujuan untuk mendidik komuniti setempat untuk membuang barangan elektronik atau e-waste di tempat yang betul.
• Selain itu, program ini juga turut menyambut bulan kemerdekaan pada bulan ini dengan mengadakan aktiviti yang berkaitan.
• Para usahawan juga dijemput untuk membuka gerai jualan bagi produk mereka.
Tujuan :
• Menjadikan PEDi sebagai sumber informasi kepada penduduk setempat.
• Mempelbagaikan aktiviti anjuran PEDi dan SKMM amnya.
• Mempromosi perkhidmatan yang disediakan di PEDi.
• Mengeratkan hubungan silaturrahim dengan masyarakat setempat.
Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Pembelian barang e-waste oleh MPK
• Pertandingan basikal berhias bertemakan kemerdekaan
• Pameran oleh Bomba dan Agensi Tempatan
• Booth KDB
• Jualan barang usahawan PEDi
• Sukaneka
Kelebihan Aktiviti :
• Menyediakan platform kepada komuniti untuk meningkatkan taraf sosial dan ekonomi.
• Mendidik dan memberi kesedaran berkenaan isu-isu e-sisa di Malaysia.
• Menyemai semangat cintakan negara dan patriotisma dalam kalangan masyarakat disamping menghayati makna kemerdekaan melalui aktiviti pertandingan bertemakan kemerdekaan yang dianjurkan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :
.