Mengenai Kami
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Ekonomi Digital (PEDi) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Lebai Sarah@Sarif adalah seorang yang alim juga banyak ilmu ketuhanan juga merupakan seorang guru agama yang memimpin serta mengembangkan Islam di Patani seterusnya di Kemaman. Lebai Sarah@Sarif lebih dikenali dengan panggilan Tok Lebai Sarah bersama pengikutnya memainkan peranan penting dalam mengembangkan Islam serta pembukaan kampung secara meluas dan beliau juga telah berjaya mengislamkan orang-orang asli yang berada di kawasan hutan tersebut. Kampung Binjai merupakan salah satu kampung yang telah berjaya di buka sehingga ke hari ini oleh Lebai Sarah@Sarif di Daerah Kemaman.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024PROGRAM SANTAI CUTI SEKOLAH @NADI TAMAN SEMARAK BINJAI![](images/baru.gif)
Aktiviti Terkini | 19 September 2024
Tujuan utama adalah untuk mengisi waktu cuti sekolah dengan aktiviti yang berfaedah, seronok dan memberi banyak ilmu kepada peserta...baca selanjutnya
RESUME MENGGUNAKAN APLIKASI CANVA
Aktiviti Terkini | 2 Ogos 2024Kelas menghasilkan resume untuk permohonanan kerja dengan menggunakan aplikasi Canva bagi mendapatkan resume yang terkini...baca selanjutnya
MEMBINA LEGO
Aktiviti Terkini | 2 Julai 2024Kelas ‘Lego’ adalah merupakan salah satu kelas yang menarik kerana permainan ini adalah salah satu daripada permainan manipulatif yang bagus untuk perkembangan kanak-kanak....baca selanjutnya
MATH ONLINE QUIZ
Aktiviti Terkini | 5 Jun 2024Kelas ini memberi pendedahan kepada peserta untuk mengulangkaji mata pelajaran matematik...baca selanjutnya
MICROSOFT OFFICE WOR (SURAT RASMI)
Aktiviti Terkini | 2 Mei 2024Kelas ini memberi pendedahan untuk menaip surat rasmi yang betul dan kemas...baca selanjutnya
INTRODUCTION TO INTERNET (HOW TO SEARCH INFORMATION AT BROWSER)
Aktiviti Terkini | 2 April 2024Kelas ini memberi pendedahan kepada peserta untuk mencari web di beberapa jenis pelayar web yang ada...baca selanjutnya
INTRODUCTION TO MICROSOFT OFFICE WORD (INPUT PICTURE)
Aktiviti Terkini | 6 Mac 2024Kelas ini memberi pendedahan kepada peserta untuk mencari maklumat yang tepat dan mudah di internet...baca selanjutnya
PROGRAM KLUSTER : KELAS USAHAWAN ASAS SHOPEE DAN MOBILE FOTOGRAFI
Aktiviti Terkini | 24 Februari 2024Program Kluster pada bulan ini bertempat PEDi Kemaman Open Innovation Lab telah menjalan kan Kelas Usahawan Asas Shopee dan Mobile Fotografi...baca selanjutnya
KELAS USAHAWAN : JOM BELAJAR ONLINE BUSINESS BASIC SHOPEE
Aktiviti Terkini | 22 Februari 2024Kelas belajar untuk membuka akaun Shopee bagi usahawan yang mahu bermula untuk memasarkan produk mereka di platform Shopee....baca selanjutnya
PROGRAM PEDI CYBERTALK @ SCHOOL
Aktiviti Terkini | 29 Januari 2024Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Felda Kerteh 5 telah mengadakan program PEDi Cybertalk @ School pada 29 Januari 2024 bersamaan hari Isnin...baca selanjutnya
PROGRAM TAKLIMAT KLIK DENGAN BIJAK CYBERSAFE BERSAMA PELAJAR TABIKA KEMAS KG. GELIGA
Aktiviti Terkini | 23 Januari 2024Penyampaian Cenderahati...baca selanjutnya
PROGRAM KLUSTER : PROGRAM BERSAMA KOMUNITI
Aktiviti Terkini | 22 Januari 2024Persiapan Tempat...baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak (KDB)
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya