MINI KARNIVAL PUSAT EKONOMI DIGITAL KG GONG CHENGAL
Aktiviti terkini |21 Oktober 2023Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital Kg Gong Chengal
Ringkasan Aktiviti :
• Mini Karnival ini dijayakan atas tujuan memberi pendedahan dan kesedaran kepada masyarakat setempat tentang peranan Pusat Ekonomi Digital di samping menjalankan aktiviti-aktiviti keusahawanan dan kemasyarakatan.
• Taklimat mengenai isu kepenggunaan industri kurier terutamanya kesedaran terhadap penipuan bungkusan serta peranan Postal Forum juga telah disampaikan oleh Ketua Postal Forum iaitu Puan Nurhafizah Hanifah di dalam program selama sehari ini.
Tujuan :
• Memberi pendedahan dan kesedaran kepada masyarakat setempat tentang peranan Pusat Ekonomi Digital.
• Memberi taklimat mengenai isu kepenggunaan industri kurier.
• Memberi kesedaran terhadap penipuan bungkusan serta peranan Postal Forum.
Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Pertandingan kuiz kahoot Hari Pos Sedunia
• Teka bilangan setem
• Sukaneka kategori kanak-kanak serta dewasa
• Cabutan bertuah
Kelebihan Aktiviti :
• Meningkatkan kesedaran berkenaan isu dan hak pengguna dalam industri pos dan kurier.
Nama VIP :
• Puan Fadzliah Mazlina Mohammad, Penolong Pengarah MCMC Negeri Terengganu.
• Puan Nurhafizah Hanifah, Ketua Postal Forum
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :
.