Mengenai Kami
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Lebai Sarah@Sarif adalah seorang yang alim juga banyak ilmu ketuhanan juga merupakan seorang guru agama yang memimpin serta mengembangkan Islam di Patani seterusnya di Kemaman. Lebai Sarah@Sarif lebih dikenali dengan panggilan Tok Lebai Sarah bersama pengikutnya memainkan peranan penting dalam mengembangkan Islam serta pembukaan kampung secara meluas dan beliau juga telah berjaya mengislamkan orang-orang asli yang berada di kawasan hutan tersebut. Kampung Binjai merupakan salah satu kampung yang telah berjaya di buka sehingga ke hari ini oleh Lebai Sarah@Sarif di Daerah Kemaman.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024SIARAN LANGSUNG - TIPS & LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN MENGHADAPI BANJIR![](images/baru.gif)
Aktiviti Terkini | 21 Disember 2021
Program siaran langsung ini adalah berkenaan Tips & Langkah-Langkah Keselamatan Menghadapi Banjir yang disampaikan oleh petugas Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Bukit Anak Dara dan PEDi Binjai....baca selanjutnya
SIARAN LANGSUNG - PENDIGITALAN USAHAWAN PELAJAR DENGAN KERJASAMA JAWATANKUASA PERWAKILAN KOLEJ TUN DR MAHATHIR UITM MACHANG CAWANGAN KELANTAN![](images/baru.gif)
Aktiviti Terkini | 4 Disember 2021
Program siaran langsung ini untuk mengadakan taklimat untuk menjana pendapatan sambil belajar menerusi platform atas talian seperti Shopee dan memberi pendedahan tentang bantuan kerajaan untuk usahawan pelajar seperti Geran Khas Prihatin (GKP), Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) dan lain-lain. Ia adalah merupakan aktiviti bersama pelajar dan juga menjadi aktiviti bulanan bagi Pusat Digital Ekonomi Keluarga Malaysia Kluster Kemaman pada bulan Disember 2021...baca selanjutnya
SIARAN LANGSUNG: TRASFORMASI PUSAT DIGITAL EKONOMI KELUARGA MALAYSIA#KELUARGA MALAYSIA
Aktiviti Terkini | 26 November 2021Program siaran langsung bersama petugas PEDI Bukit Anak Dara dan petugas PEDI Binjai yang akan mengupas tentang Trasformasi Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia yang telah dilancarkan baru-baru ini oleh YAB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri Malaysia....baca selanjutnya
SIARAN LANGSUNG - TAKLIMAT KLIK DENGAN BIJAK (KDB) DENGAN KERJASAMA JAWATANKUASA PERWAKILAN KOLEJ TUN DR MAHATHIR UITM MACHANG CAWANGAN KELANTAN![](images/baru.gif)
Aktiviti Terkini | 20 November 2021
Program siaran langsung ini untuk mengadakan Taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) secara atas talian. Pihak Jawatankuasa Perwakilan Kolej Tun Dr Mahathir UiTM Kampus Machang Cawangan Kelantan telah menjemput kami untuk memberi taklimat berkaitan KDB. Ia adalah merupakan aktiviti bersama pelajar dan juga menjadi aktiviti bulanan bagi Pusat Digital Ekonomi Keluarga Malaysia Kluster Kemaman pada bulan November 2021....baca selanjutnya
SIARAN LANGSUNG: PROGRAM BICARA SANTAI βCABARAN PELAJAR DI MUSIM PANDEMIKβ
Aktiviti Terkini | 23 Oktober 2021Program bual bicara ini adalah merupakan salah satu program untuk memberi motivasi kepada adik-adik yang terpaksa melalui fasa pembelajaran secara PDPR dan memerlukan semangat daripada orang sekeliling untuk tidak berputus asa dengan suasana pembelajaran sekarang....baca selanjutnya
SIARAN LANGSUNG: STRATEGI MEMUPUK PERPADUAN KAUM #KELUARGAMALAYSIA
Aktiviti Terkini | 18 Oktober 2021Program siaran langsung bersama petugas Pusat Internet Komuniti Bukit Anak Dara dan petugas Pusat Internet Komuniti Binjai yang akan mengupas tentang Strategi Memupuk Perpaduan Kaum di negara kita selaras dengan pelancaran #KeluargaMalaysia oleh YAB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri Malaysia....baca selanjutnya
SIARAN LANGSUNG - KLIK DENGAN BIJAK SIRI 3: TOPIK KALI INI ADALAH FAHAMI UNDANG-UNDANG DAN PERMAINAN DALAM TALIAN
Aktiviti Terkini | 3 Oktober 2021Program siaran langsung di FB Page PIK Kg Geliga ini dijalankan diantara PIK Binjai dan PIK Kg Geliga bagi berkongsi mengenai Klik Dengan Bijak. Topik yang dibincangkan pada bulan ini ialah Fahami Undang-Undang dan Permainan Dalam Talian. Setiap tajuk diterangkan dengan lebih mendalam agar penonton lebih faham dan berhati-hati dalam menggunakan internet....baca selanjutnya
SIARAN LANGSUNG: SEJARAH PEMBENTUKAN MALAYSIA
Aktiviti Terkini | 14 September 2021Program siaran langsung ini adalah diantara PIK Binjai dan PIK Bukit Anak Dara untuk berkongsi mengenai sejarah pembentukan Malaysia bersempena dengan Hari Malaysia pada 16 September yang disambut setiap tahun.....baca selanjutnya
PROGRAM KLUSTER SEPTRMBER 2021- PROGRAM ADVOKASI KAFETEEN@PIK
Aktiviti Terkini | 13 September 2021Program ini diadakan secara atas talian melalui google meet yang dihadiri seramai 49 orang remaja.Mereka merupakan ahli dan remaja Komuniti dari 12 buah Pusat Internet Komuniti kemaman. Program ini terdiri daripada 3 segmen utama iaitu, Taklimat Aplikasi MyKafeTEEN, Teen Talk β Tanggungjawab Seksualiti, dan Kuiz Interaktif melalui medium Gimkit. Program ini telah dihadiri oleh Encik Muhamad Noh bin Abdullah, Pengarah LPPKN Negeri Terengganu, dalam menyampaikan ucapan pesanan penutup program hari ini. Penghargaan turut diberikan atas kolaborasi yang baik melibatkan LPPKN, SKMM dan Pusat Internet Komuniti di Negeri Terengganu....baca selanjutnya
SIARAN LANGSUNG: #TAKNAKSCAM - IKUTI 3 LANGKAH MEMBANTERAS SCAM
Aktiviti Terkini | 12 September 2021Program siaran langsung di FB Page PIK Binjai ini dijalankan diantara PIK Binjai dan PIK Kg Geliga bagi berkongsi mengenai Kempen yang dilancarkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) iaitu Kempen #TakNakScam bagi meningkatkan kesedaran mengenai penipuan dalam talian serta jenayah siber, yang semakin meningkat dalam kalangan rakyat Malaysia...baca selanjutnya
SIARAN LANGSUNG: BICARA SANTAI | SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN
Aktiviti Terkini |26 Ogos 2021Program Bicara Santai ini dijalankan diantara PIK Binjai dan PIK Kg Geliga bagi meraikan beberapa hari lagi akan tiba Tanggal 31 Ogos. Berkongsi lebih lanjut mengenai Tema Hari Kebangsaan 2021, Variasi Logo, Maksud βMalaysia Prihatinβ & Cara Kibar Jalur Gemilang. Semoga Hari Kebangsaan yang disambut pada tahun ini dapat memberikan manfaat kebaikan lebih baik, terutamanya dalam aspek perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang pelbagai kaum.....baca selanjutnya
SIARAN LANGSUNG: DEFINISI KONTAK RAPAT & TIPS PENGURUSAN PESAKIT COVID-19
Aktiviti Terkini |17 Ogos 2021Program ini adalah diantara PIK Binjai dan PIK Bukit Anak Dara untuk berkongsi maklumat mengenai Definisi Kontak Rapat & Tips Pengurusan Pesakit Covid-19 yang akan disiarkan secara langsung di Facebook Page Pusat Internet Komuniti Bukit Anak Dara. Diharap perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua pada musim pandemik Covid-19 ini....baca selanjutnya
SIARAN LANGSUNG: πππππππ ππππππππ ππππππ π πππ πππππππ
Aktiviti Terkini | 7,14, 21 & 28 Ogos 2021Program ini dijalankan secara atas talian menggunakan Facebook Page Menarik Di Kemaman Idaman dan di kongsi oleh 12 PIK Kemaman dan juga pengikut-pengikut Facebook Page. Bengkel ini dijalankan setiap minggu jam 10.00 pagi selama satu jam pada setiap hari Sabtu yang di sampaikan oleh 3 PIK Kemaman pada setiap minggu. Program ini memberi galakan kepada penonton untuk sertai Program PUPUK@Shopee dengan mendaftar di salah satu PIK Kemaman untuk diberi tunjuk ajar dengan lebih mendalam....baca selanjutnya
TIPS TEMUDUGA ONLINE
Aktiviti Terkini | 5 Julai 2021Tujuan LIVE ini tentang Tips Temuduga secara atas talian pada musim pandemic covid-19.Live ini hasil gabungan Pik Kg Bukit Anak Dara dan Binjai....baca selanjutnya
JENAYAH SIBER
Aktiviti Terkini | 10 Julai 2021Tujuan LIVE ini adalah untuk berkongsi tentang Jenayah Siber pada masa kini.Live ini melibatkan gabungan Pik Binjai,Geliga,Pasir Gajah & Gong Chengal....baca selanjutnya
VIDEO LIVE PUSAT INTERNET KOMUNITI BINJAI TUTORIAL VIDEO EDITING MENGGUNAKAN WONDERSHARE FILMORA VIDEO EDITOR
Aktiviti Terkini | 19 Jun 2021Tujuan LIVE ini adalah untuk cara mengedit video menggunakan Wondershare Filmora Video Editor dan berkongsi cara menghasilkan video pendek. Turut serta bersama PIK Geliga dan PIK Pasir Gajah...baca selanjutnya
VIDEO LIVE PUSAT INTERNET KOMUNITI BINJAI PERKONGSIA APLIKASI MYSEJAHTERA
Aktiviti Terkini | 5 Jun 2021Tujuan LIVE ini adalah untuk berkongsi tentang Aplikasi MySejahtera bersama Pusat Internet Komuniti Binjai dan Pusat Internet Komuniti Bukit Anak Dara....baca selanjutnya
TUTORIAL PENDAFTARAN VAKSIN
Aktiviti Terkini | 25 Mei 2021Tujuan tutorial ini di muat naik adalah sebagai pengetahuan dalam bidang ICT kepada semua komuniti yang menonton di Page FB Pusat Internet Komuniti Binjai....baca selanjutnya
TUTORIAL KAD RAYA DIGITAL
Aktiviti Terkini | 8 Mei 2021Tujuan tutorial ini di muat naik adalah sebagai pengetahuan dalam bidang ICT kepada semua komuniti yang menonton di Page FB Pusat Internet Komuniti Binjai....baca selanjutnya
PENDAFTARAN VAKSINASI COVID-19
Aktiviti Terkini | Sepanjang bulan MeiDalam menyokong Program Imunisasi Covid-19 Nasional Malaysia, pihak Pusat Internet Komuniti (PIK) merupakan salah satu pusat untuk membantu orang ramai...baca selanjutnya
SLOT KLIK DENGAN BIJAK (CHECK YOUT LABEL)
Aktiviti Terkini | 18 April 2021Check Your Label (CYL) adalah kempen untuk mewujudkan kesedaran dikalangan pengguna tentang pentingnya membeli peralatan komunikasi yang mempunyai Label MCMC yang sah...baca selanjutnya
TUTORIAL MENGHASILKAN POSTER MENGGUNAKAN CANVA
Aktiviti Terkini | 7 April 2021Tujuan tutorial ini di muat naik adalah sebagai pengetahuan dalam bidang ICT kepada semua komuniti yang menonton di Page FB Pusat Internet Komuniti Binjai...baca selanjutnya
FB LIVE KLUSTER KEMAMAN TAJUK : SCRATCH β MUDAHNYA BINA PERMAINAN KOMPUTER MENGGUNAKAN PENGATURCARAAN VISUAL BERSAMA JOM GEEK
Aktiviti Terkini | 28 Mac 2021Memperkenalkan perisian Scratch yang digunakan untuk membina permainan komputer kepada penonton...baca selanjutnya
ONLINE CLASS ICT PUSAT INTERNET KOMUNITI BINJAI TAJUK : CARA DAFTAR VAKSIN UNTUK TANGGUNGAN DI APLIKASI MYSEJAHTERA
Aktiviti Terkini | 20 Mac 2021Tujuan tutorial ini di muat naik adalah sebagai pengetahuan dalam bidang ICT kepada semua komuniti yang menonton di Page FB Pusat Internet Komuniti Binjai..baca selanjutnya
FB LIVE PUSAT INTERNET KOMUNITI BINJAI TAJUK : SLOT KLIK DENGAN BIJAK (E-WASTE)
Aktiviti Terkini | 14 Mac 2021E-waste merupakan barangan elektrik dan elektronik yang sudah tidak mahu digunakan atau sudah rosak...baca selanjutnya
ONLINE CLASS ICT PUSAT INTERNET KOMUNITI BINJAI TAJUK : TUTORIAL FULL SCREENSHOT WEBSITE
Aktiviti Terkini | 3 Mac 2021Tujuan tutorial ini di muat naik adalah sebagai pengetahuan dalam bidang ICT kepada semua komuniti yang menonton di Page FB Pusat Internet Komuniti Binjai. Dapat belajar menggunakan Cara mudah untuk screenshot website keseluruhan tanpa perlu screenshot satu persatu....baca selanjutnya
SLOT KLIK DENGAN BIJAK ("PANDUAN KESELAMATAN MELAYARI INTERNET" DAN "KEIBUBAPAAN SIBER")
Aktiviti Terkini | 21 Februari 2021Memberi taklimat bagaimana melayari interenet dengan betu dan bijak kepada semua pengguna internet ...baca selanjutnya
SLOT KLIK DENGAN BIJAK (KEBEBASAN BERSUARA BUKAN KEBEBASAN BERBOHONG)
Aktiviti Terkini | 7 Februari 2021Mempromosikan nilai-nilai positif yang harus diamalkan oleh pengguna internet seperti 'bercakap benar', 'bijak menilai', 'beringat bila bercakap' serta memberi fokus kepada impak berita palsu kepada masyarakat...baca selanjutnya
TUTORIAL MENGGUNAKAN APLIKASI βSMART QURANβ
Aktiviti Terkini | 3 Februari 2021Tujuan tutorial ini di muat naik adalah sebagai pengetahuan dalam bidang ICT kepada semua komuniti yang menonton di Page FB Pusat Internet Komuniti Binjai...baca selanjutnya
ONLINE CLASS ICT PUSAT INTERNET KOMUNITI BINJAI TUTORIAL MENGGUNAKAN TEMPLATE POWER POINT SLIDESGO
Aktiviti Terkini | 6 Januari 2021Tujuan tutorial ini di muat naik adalah sebagai pengetahuan dalam bidang ICT kepada semua komuniti yang menonton di Page FB Pusat Internet Komuniti Binjai..baca selanjutnya
ONLINE CLASS ICT PUSAT INTERNET KOMUNITI BINJAI: TUTORIAL LETTERHEAD IN MICROSOFT WORD
Aktiviti Terkini | 2 Januari 2021Tujuan tutorial ini di muat naik adalah sebagai pengetahuan dalam bidang ICT kepada semua komuniti yang menonton di Page FB Pusat Internet Komuniti Binjai...baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak (KDB)
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara βhotspotβ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya