Mengenai Kami
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Lebai Sarah@Sarif adalah seorang yang alim juga banyak ilmu ketuhanan juga merupakan seorang guru agama yang memimpin serta mengembangkan Islam di Patani seterusnya di Kemaman. Lebai Sarah@Sarif lebih dikenali dengan panggilan Tok Lebai Sarah bersama pengikutnya memainkan peranan penting dalam mengembangkan Islam serta pembukaan kampung secara meluas dan beliau juga telah berjaya mengislamkan orang-orang asli yang berada di kawasan hutan tersebut. Kampung Binjai merupakan salah satu kampung yang telah berjaya di buka sehingga ke hari ini oleh Lebai Sarah@Sarif di Daerah Kemaman.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024KRAFT MENGGUNAKAN FOAM STICKS
Aktiviti Terkini | 24 Disember 2017Aktiviti ini adalah untuk membuat penanda buku menggunakan foam stick mengikut kreativiti pelajar...baca selanjutnya
JOM KEMASKINI BRI1M SECARA PERCUMA DI PI1M BINJAI
Aktiviti Terkini | 27 - 31 Disember 2017Aktiviti ini dapat membantu masyarakat setempat mengemaskini BRI1M secara atas talian dan petugas PI1M akan memberi tunjuk ajar kepada mereka yang memerlukan...baca selanjutnya
Pertandingan Presentation Skill & Kacau Bubur Asyura
Aktiviti Terkini | 07 Oktober 2017Tujuan utama aktivti ini dijalankan untuk memberi peluang kepada peserta-peserta kelass ICT menunjuk kemahiran dan skill dalam membuat presentation...baca selanjutnya
KELAS USAHAWAN SOLEKAN
Aktiviti Terkini | 08 September 2017Tujuan utama aktivti ini di jalankan untuk memberi peluang kepada usahawan untuk berkongsi ilmu solekan kepada penduduk sekitar....baca selanjutnya
Program Semarak Perpaduan Kemerdekaan Ke-60
Aktiviti Terkini | 26 Ogos 2017Sempena sambutan bulan Kemerdekaan KRT Rumah Murah Binjai dgn kerjasama J3K Rumah Murah/Tmn Semarak Binjai mengadakan Program Semarak Perpaduan Kemerdekaan Ke-60...baca selanjutnya
PROGRAM ADVOKASI DI IKBN KEMASIK
Aktiviti Terkini | 18 Julai 2017Program ini dapat memberi pendedahan kepada pelajar IKBN terutamanya tentang media sosial, pentingnya ‘Klik Dengan Bijak’ bagi mengelakkan dari terpengaruh dengan buli cyber dan dapat memperkenalkan dan mempromosikan kemudahan yang disediakan di Pusat Internet 1 Malaysia seperti demo 3D Printer....baca selanjutnya
Sesi lawatan Dato' Sri Ahmad Shabery bin Cheek dan YB Wan Hakim melawat penduduk Binjai
Aktiviti Terkini | 22 Jun 2017Sesi lawatan Dato' Sri Ahmad Shabery bin Cheek dan YB Wan Hakim melawat penduduk Binjai yg sakit sempena Bulan Ramadhan...baca selanjutnya
Aktiviti Menghias PI1M Binjai sempena Menyambut Hari Raya
Aktiviti Terkini | 04 Jun 2017Aktiviti ini diadakan untuk menghias PI1M Binjai sempena Menyambut Hari Raya yang bakal tiba...baca selanjutnya
Majlis Selawat Perdana
Aktiviti Terkini | 25 Mei 2017Majlis Selawat Perdana ini diadakan di Masjid Binjai yang diadakan bersempena menyambut bulan ramadhan...baca selanjutnya
Pertandingan Presentation
Aktiviti Terkini | 20 Mei 2017Pertandingan ini bertujuan untuk menyerapkan nilai keyakinan dalam diri ahli-ahli PI1M...baca selanjutnya
'Public Speaking & High Impact Presentation Training'
Aktiviti Terkini | 24 - 25 April 2017Kursus ini melibatkan 56 Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Wilayah Timur. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang cara menyampaikan perbentangan dan memberi penerangan yang lebih jelas tentang pengurusan PI1M kepada Pengurus & Penolong Pengurus setiap PI1M....baca selanjutnya
PROGRAM ADVOKASI DI SM SAINS DUNGUN TERENGGANU
Aktiviti Terkini | 04 April 2017Program ini dapat memberi pendedahan kepada pelajar terutamanya tentang media sosial dan elakkan dari terpengaruh dengan buli cyber dan dapat memperkenalkan dan mempromosikan kemudahan yang disediakan di pusat internet...baca selanjutnya
PROGRAM ADVOKASI DAN KDB BERSAMA MURID-MURID TABIKA KG BARU KEMASIK & COLOURING ONLINE
Aktiviti Terkini | 14 & 19 Mac 2017Program ini memberi pendedahan awal kanak-kanak tabika mengenai Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dan menyemai minat awal kanak-kanak terhadap bidang Teknologi Maklumat. Selain itu, ia dapat menerapkan nilai-nilai positif dan etika penggunaan Internet, Telefon Pintar dan gajet-gajet yang digunakan oleh kanak-kanak....baca selanjutnya
PROGRAM ADVOKASI DAN KDB BERSAMA MURID-MURID TABIKA KG BARU 1 ,2 DAN 3
Aktiviti Terkini | 26 Februari 2017Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Kg Baru Kemasik dengan kerjasama PI1M Anak Dara, PI1M Bukit Kuang, PI1M Binjai, dan PI1M Cherul telah mengadakan Program Advokasi Mesra ICT di Tabika Kemas Baru. Seramai 80 orang murid Tabika Kemas dan 3 orang guru terlibat sama dalam program tersebut. Program yang dijalankan selama 3 jam ini merangkumi aktiviti seperti taklimat KDB/Asas ICT, Tayangan Video, dan aktiviti berkumpulan bersama kanak-kanak Tabika....baca selanjutnya
PROGRAM ADVOKASI DAN KDB BERSAMA MURID-MURID TABIKA TOK KAPUR BINJAI
Aktiviti Terkini | 22 Januari 2017Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Binjai dengan kerjasama PI1M Anak Dara, PI1M Geliga, PI1M Kg Baru, dan PI1M Pasir Gajah telah mengadakan Program Advokasi Mesra ICT di Tabika Kemas Tok Kapur. Seramai 27 orang murid Tabika Kemas dan 3 orang guru terlibat sama dalam program tersebut. Program yang dijalankan selama 3 jam ini merangkumi aktiviti seperti taklimat KDB/Asas ICT, tayangan video, dan aktiviti berkumpulan bersama kanak-kanak Tabika....baca selanjutnya