Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Lebai Sarah@Sarif adalah seorang yang alim juga banyak ilmu ketuhanan juga merupakan seorang guru agama yang memimpin serta mengembangkan Islam di Patani seterusnya di Kemaman. Lebai Sarah@Sarif lebih dikenali dengan panggilan Tok Lebai Sarah bersama pengikutnya memainkan peranan penting dalam mengembangkan Islam serta pembukaan kampung secara meluas dan beliau juga telah berjaya mengislamkan orang-orang asli yang berada di kawasan hutan tersebut. Kampung Binjai merupakan salah satu kampung yang telah berjaya di buka sehingga ke hari ini oleh Lebai Sarah@Sarif di Daerah Kemaman.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


MENYEMAK STATUS BR1M 2015 & MENYEMAK NAMA KE PLKN 2015

1-31 Disember 2014 | Berita Terkini

Semakan BR1M 2015 semakan nama ini di adakan ,untuk memperkenalkan PI1m Binjai kepada masyarakat sekitar.Ia juga dapat membantu pendududk2 yang ... Baca Selanjutnya

PERTANDINGAN GAME ONLINE & SESI 15 MINIT KLIK DAN BIJAK

30 November 2014 | Berita Terkini

pertandingan online ini telah di adakan pada 30 November 2014, para peserta terdiri daripada pengunjung2 PI1M Binjai.

Objektif atau tujuan utama pertandingan online ini di adakan adalah untuk memberi ... Baca Selanjutnya

Klik Dengan Bijak

31 Oktober 2014 | Berita Terkini

Dapat menambah lagi ilmu pengetahuan mengenai kelas Klik & Bijak apabila menyertai aktiviti-aktiviti sampingan yang di adakan.disamping dapat mendedahkan kanak-kanak sekolah rendah tentang kebaikan dan keburukan IT

Aktiviti Sempena Kemerdekaan Bersama Penduduk Kampung Tok Kapur

20 September 2014 | Berita Terkini

Program ini adalah untuk memperkenalkan lagi Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) kepada masyarakat sekitar. Selain itu program ini dapat mengeratkan lagi silaturahim disamping dapat menambah lagi ilmu pengetahuan apabila menyertai aktiviti-aktiviti sampingan yang di adakan.

Jamuan Hari Raya Aidilfitri

16 Ogos 2014 | Berita Terkini

Sambutan seperti ini dapat memeriahkan lagi sambutan Hari Raya Aidilfitri disamping dapat menarik minat lebih ramai penduduk mengunjungi Pusat Internet 1Malaysia Binjai dengan mengadakan jamuan Hari Raya ini.

latihan USAHAWAN PERCUMA

21 Julai 2014 | Aktiviti Terkini

Program latihan usahawan ini terbuka kepada semua lapisan masyarakat namun keutamaan di berikan kepada usahawan-usahawan yang ingin meluasakan lagi perniagaan-perniagaan yang sedia ada atau yang baru ingin memulakan perniagaan....

Aktiviti bulanan-memberi "rewards" kepada ahli yang menggunakan perkhidmatan di pi1m paling tinggi

01 jun 2014 | Berita Terkini

Tujuan utama aktivii ini di adakan adalah untuk memberi penghargaan kepada Ahli-Ahli PI1M Binjai yang selalu menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan yanag di sediakan di sini....

Jadual Kelas ICT Sepanjang Tahun 2014

22 Januari 2014 | Aktiviti semasa

Di PI1M Binjai dimana juga ada menyediakan kelas latihan komputer (ICT) secara PERCUMA kepada semua ahli.Tujuan kelas ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kadar penggunaan internet di kalangan masyarakat khususnya masyarakat luar bandar. Program ini juga diharapkan dapat menarik minat komuniti setempat untuk mengikuti sebarang aktiviti yang di anjurkan oleh Pusat Internet 1 Malaysia Binjai seperti  kelas computer dan sebagainya.