Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Lebai Sarah@Sarif adalah seorang yang alim juga banyak ilmu ketuhanan juga merupakan seorang guru agama yang memimpin serta mengembangkan Islam di Patani seterusnya di Kemaman. Lebai Sarah@Sarif lebih dikenali dengan panggilan Tok Lebai Sarah bersama pengikutnya memainkan peranan penting dalam mengembangkan Islam serta pembukaan kampung secara meluas dan beliau juga telah berjaya mengislamkan orang-orang asli yang berada di kawasan hutan tersebut. Kampung Binjai merupakan salah satu kampung yang telah berjaya di buka sehingga ke hari ini oleh Lebai Sarah@Sarif di Daerah Kemaman.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


PROGRAM KLUSTER – KELAS ASAS BERNIAGA DI SHOPEE DAN KELAS ASAS MARKETING SHOPEE

Aktiviti Terkini | 16 & 17 Disember 2022

\Mencipta akaun jualan...baca selanjutnya

PROGRAM SANTAI ANAK MUDA BERSAMA KOMUNITI KELUARGA MALAYSIA

Aktiviti Terkini | 12 November 2022

Program ini bertujuan memperkenalkan fungsi Pusat Ekonomi Keluarga Malaysia (PEDi) kepada komuniti dengan lebih jelas lagi.Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti jualan usahawan dan juga penerangan tentang Klik Dengan Bijak.Dengan ini,komuniti setempat boleh menggunakan perkhidmatan yang ada di PEDi bagi tujuan mempromosikan produk usahawan dan juga urusan yang melibatkan platform online....baca selanjutnya

PROGRAM KLUSTER - PROGRAM MEMPERKASA USAHAWAN PEDI KLUSTER KEMAMAN

Aktiviti Terkini | 22 Oktober 2022

Pihak PEDi Kluster Kemaman merancang mengadakan beberapa aktiviti galakguna untuk pengunjung yang hadir pada hari tersebut. Para pengunjung dapat mengikuti aktiviti galakguna dengan lebih kerap dan secara tidak langsung dapat menarik minat mereka untuk terus mengunjungi PEDi di masa akan datang. Selain itu, program ini diadakan bertujuan untuk memperkasakan usahawan dibawah bimbingan pedi kearah usahawan digital dengan memberi latihan khusus dan karnival jualan usahawan pedi....baca selanjutnya

KARNIVAL TERENGGANU MAJU BERKAT SEJAHTERA DUN KEMASIK

Aktiviti Terkini | 6-8 Oktober 2022

Pihak PEDi Kluster Kemaman turut serta membuka booth PEDi di Karnival Terengganu Maju Berkat Sejahtera (TMBS) bagi mempromosikan PEDi di sekitar Daerah Kemaman. Selain itu, dapat memberi taklimat mengenai Klik Dengan Bijak kepada para pengunjung...baca selanjutnya

PROGRAM EXPLORACE BERSAMA KOMUNITI SEMPENA SAMBUTAN HARI MALAYSIA

Aktiviti Terkini | 24 September 2022

Program ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan Pusat Ekonomi Digital Keluarga (PEDi) kepada komuniti setempat serta sempena sambutan Hari Malaysia pada 16 September 2022. Program ini juga merupakan program Kerjasama dengan Perpustakaan Desa Teluk Kalong. Pelbagai aktiviti menarik yang dijalankan Bersama komuniti setempat seperti taklimat Kli Dengan Bijak dan Explorace KDB...baca selanjutnya

PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK SEMPENA MINGGU PUSAT SUMBER KOLEJ VOKASIONAL KEMAMAN TAHUN 2022

Aktiviti Terkini | 18 September 2022

Program ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan program Klik Dengan Bijak. Dimana ia adalah sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet. Ia bertujuan untuk melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet), mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain....baca selanjutnya

PROGRAM KLUSTER - TRASH TO CASH (KEMPEN KESEDARAN KITAR SEMULA E-WASTE)

Aktiviti Terkini | 20 Ogos 2022

Program ini diadakan bertujuan untuk mendidik komuniti setempat untuk membuang barangan elektronik atau e-waste di tempat yang betul. Selain itu, program ini juga turut menyambut bulan kemerdekaan pada bulan ini dengan mengadakan aktiviti yang berkaitan. Para usahawan juga dijemput untuk membuka gerai jualan bagi produk mereka....baca selanjutnya

PROGRAM KLUSTER - KELAS ASAS FOTOGRAFI MENGGUNAKAN ‘SMART PHONE

Aktiviti Terkini | 22 Julai 2022

Program ini diadakan bertujuan untuk mengajar dan memberi penerangan lebih terpeinci kepada peserta iaitu merupakan usahawan-usawan yang berminat untuk belajar mempromosikan produk mereka. Dengan adanya program ini, para ushawan dapat mengambil gambar produk mereka dengan lebih kreatif dan cara yang betul....baca selanjutnya

PROGRAM KLUSTER - PROGRAM PAMERAN DAN KAUNTER BERGERAK SEMPENA PROGRAM SINGGAH SANTAI MEMBACA BERSAMA KOMUNITI KERTEH

Aktiviti Terkini | 18 Jun 2022

Pihak PEDi Kluster Kemaman merancang mengadakan beberapa aktiviti galakguna untuk pengunjung yang hadir pada hari tersebut....baca selanjutnya

PROGRAM KLUSTER - PROGRAM KESEDARAN KITAR SEMULA E-SISA

Aktiviti Terkini | 4 Jun 2022

Pihak PEDi Kluster Kemaman merancang mengadakan beberapa aktiviti galakguna untuk pengunjung yang hadir pada hari tersebut. Para pengunjung dapat mengikuti aktiviti galakguna dengan lebih kerap dan secara tidak langsung dapat menarik minat mereka untuk terus mengunjungi PEDi di masa akan datang....baca selanjutnya

KURSUS ASAS FOTOGRAFI BERSAMA KEMAS KEMAMAN (KLUSTER KEMAMAN 2022)

Aktiviti Terkini | 29 & 30 Mei 2022

Kursus Asas Fotografi bersama Kemas Kemaman dijalakan selama 2 hari, dimana peserta akan diberi penerangan mengenai teknik asas fotografi dan pengenalan aplikasi CANVA serta akan diajar beberapa modul yang telah disediakan. Selain itu, kursus ini dapat menjalikan kerjasama dengan pihak Kemas Kemaman.....baca selanjutnya

SIARAN LANGSUNG: BICARA SANTAI | MAKANAN POPULAR DI NEGERI TERENGGANU

Aktiviti Terkini | 22 Mei 2022

Program Bicara Santai ini dijalankan diantara PIK Binjai dan PIK Kg Geliga yang berkongsi lebih lanjut antara makanan paling popular di Negeri Terengganu. Terengganu merupakan salah satu negeri Pantai Timur di Malaysia yang cukup terkenal dengan tarikan pelancongan. Setiap kali musim percutian menjengah, pasti negeri ini akan dibanjiri dengan pelancong.Hidangan makanan NASI DAGANG dan KEROPOK LEKOR merupakan makanan popular di Negeri Terengganu....baca selanjutnya

PROGRAM KLUSTER - PROGRAM SEMARAK RAMADHAN 1443H / 2022M KLUSTER KEMAMAN

Aktiviti Terkini | 16 April 2022

Program Slot Kerohanian : Objektif program adalah untuk menghayati fadhilat bulan ramadhan yang mulia dan juga penghayatan peristiwa Nuzul Al-Quran. Selain itu, program ini diselitkan dengan bacaan surah Al-Waqiah bagi memperolehi keberkatan ramadhan....baca selanjutnya

SIARAN LANGSUNG - KELAS ASAS EDIT VIDEO MENGGUNAKAN FILMORAGO

Aktiviti Terkini | 26 Mac 2022

Kelas asas untuk edit video FilmoraGo ini diperkenalkan kepada peserta bagi memudahkan peserta edit video hanya menggunakan peranti mudah alih. Ciri-ciri aplikasi FilmoraGo juga mudah untuk difahami dan digunakan leh peserta. Setelah siap penerangan, peserta juga diberi masa untuk mempraktikkan ilmu yang telah dikongsi dengan menhasilkan video mereka sendiri....baca selanjutnya

KURSUS ASAS PHOTOGRAPHY : TEKNIK FLATLAY

Aktiviti Terkini | 19 Februari 2022

Kursus ini dijalankan secara bersemuka yang dihadiri oleh peserta dalam kalangan petugas PEDi dan usahawan PEDi seramai 13 orang. Ini adalah program bagi PEDi Kluster Kemaman bagi bulan Februari yang diuruskan oleh Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Baru Kemasik. Program ini dijalankan mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan peserta diminta untuk melakukan ujian kendiri Covid-19 sehari sebelum datang ke program....baca selanjutnya

TAJUK : MAKLUMAT PALSU & PERANAN IBU BAPA MENDIDIK ANAK-ANAK

Aktiviti Terkini | 23 Januari 2022

Tujuan LIVE ini adalah untuk berkongsi tentang Maklumat Palsu di Media Social dan juga peranan Ibu Bapa dalam mendidik anak-anak mengendalikan media social....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti