Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Lebai Sarah@Sarif adalah seorang yang alim juga banyak ilmu ketuhanan juga merupakan seorang guru agama yang memimpin serta mengembangkan Islam di Patani seterusnya di Kemaman. Lebai Sarah@Sarif lebih dikenali dengan panggilan Tok Lebai Sarah bersama pengikutnya memainkan peranan penting dalam mengembangkan Islam serta pembukaan kampung secara meluas dan beliau juga telah berjaya mengislamkan orang-orang asli yang berada di kawasan hutan tersebut. Kampung Binjai merupakan salah satu kampung yang telah berjaya di buka sehingga ke hari ini oleh Lebai Sarah@Sarif di Daerah Kemaman.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK BERSAMA PELAJAR INSTITUT KEMAHIRAN BELIA DAN NEGARA (IKBN KEMASIK)

Aktiviti Terkini |9 Disember 2020

Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memperkenalkan pusat internet dalam kalangan pelajar IKBN dan memberi penerangan Klik Dengan Bijak (KDB)...baca selanjutnya

PERTANDINGAN MEWARNA

Aktiviti Terkini | 2020

Tujuan program ini diadakan adalah untuk menhargai kehadiran adik-adik ke Pusat Internet Binjai...baca selanjutnya

BENGKEL KAEDAH MENGAJAR MEMBACA SIRI-2

Aktiviti Terkini | 6 November 2020

Tujuan program ini diadakan adalah untuk ibu bapa atau guru di kawasan Binjai yang berminat untuk belajar bagaimana cara ajar anak membaca menggunakan teknik yang mudah, seronok dan cepat yang akan dikendalikan oleh seorang pengajar yang berpengalaman dalam bidang ini...baca selanjutnya

PROGRAM KLUSTER - KEMPEN JOM DERMA DARAH BERTEMPAT DI PUSAT INTERNET BUKIT KUANG BERSAMA DENGAN KERJASAMA MPKK DAN UNIT TRANSFUSI DARAH HOSPITAL KEMAMAN

Aktiviti Terkini | 17 Oktober 2020

Program ini diadakan bagi memberi pendedahan tentang kepentingan derma darah kepada masyarakat iaitu 1 beg darah mampu menyelamatkan 3 nyawa...baca selanjutnya

BENGKEL KEUSAHAWANAN PENJAGAAN KULIT BERSAMA KOMUNITI BINJAI

Aktiviti Terkini | 16 Oktober 2020

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memenuhi permintaan komuniti Binjai...baca selanjutnya

BENGKEL KEUSAHAWANAN PENJAGAAN KULIT BERSAMA KOMUNITI BINJAI

Aktiviti Terkini | 9 Oktober 2020

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memenuhi permintaan komuniti Binjai...baca selanjutnya

PROGRAM KLUSTER - KARNIVAL SUKAN SEMPENA HARI MALAYSIA

Aktiviti Terkini | 19 September 2020

Tujuan program ini dilaksanakan bagi kesinambungan sambutan Malaysia....baca selanjutnya

PERTANDINGAN PUZZLE SEMPENA HARI KEMERDEKAAN

Aktiviti Terkini | 29 Ogos 2020

Tujuan program ini dijalankan adalah untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran kepada pelajar pentingnya mengingati dan menghayati hari kemerdekaan yang bakal tiba pada setiap 31 Ogos.....baca selanjutnya

APRESIASI MERDEKA DAN RUKUNEGARA

Aktiviti Terkini | 28 Ogos 2020

Program ini diadakan bagi memastikan ianya sentiasa diingati serta masyarakat khususnya generasi muda perlu menghayati erti dan sejarah kemerdekaan....baca selanjutnya

BENGKEL KEUSAHAWANAN KECANTIKAN BERSAMA KOMUNITI BINJAI SEMPENA HARI RAYA AIDILADHA

Aktiviti Terkini | 25 Julai 2020

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memenuhi permintaan komuniti Binjai,di mana ingin menghadiri kelas kecantikan . ...baca selanjutnya

PEMBUKAAN SEMULA PUSAT INTERNET DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP)

Aktiviti Terkini | 10 Jun 2020 – 31 Ogos 2020

Jumlah maksima pengguna yang dibenarkan berada di PI untuk satu-satu masa adalah tidak melebihi sepuluh (10) orang sahaja....baca selanjutnya

PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 4

Aktiviti Terkini | 29 April - 12 Mei 2020

Berikutan pandemik Covid-19 dan keputusan kerajaan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP-4) sehingga 12 Mei 2020....baca selanjutnya

PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 2 & FASA 3

Aktiviti Terkini | 1-28 April 2020

Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 28 April 2020....baca selanjutnya

PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 1

Aktiviti Terkini | 18-31 Mac 2020

Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pada 18 hingga 31 Mac 2020....baca selanjutnya

JELAJAH ADVOKASI KDB EWASTE SK AYER PUTIH

Aktiviti Terkini | 18 Februari 2020

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran tentang Klik Dengan Bijak, Mobile E-Waste dan Check Your Label di peringkat....baca selanjutnya

MAJLIS BACAAN YASIN & TAZKIRAH SEMPENA TAHUN BARU 2020

Aktiviti Terkini | 24 Januari 2020

Majlis dimulakan dengan kehadiran para tetamu Jemputan dan VIP. Bacaan doa dibaca oleh Ustaz Abdul Malik dan seterusnya ucapan perasmian oleh Pengerusi MPKK Padang Kubu. Sesi tazkirah dan motivasi disampaikan oleh Penceramah Ustaz Abdul Malik dan bacaan Yasin. Selesai program para tetamu dijemput untuk makan tengahari dan bersurai....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti