Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Lebai Sarah@Sarif adalah seorang yang alim juga banyak ilmu ketuhanan juga merupakan seorang guru agama yang memimpin serta mengembangkan Islam di Patani seterusnya di Kemaman. Lebai Sarah@Sarif lebih dikenali dengan panggilan Tok Lebai Sarah bersama pengikutnya memainkan peranan penting dalam mengembangkan Islam serta pembukaan kampung secara meluas dan beliau juga telah berjaya mengislamkan orang-orang asli yang berada di kawasan hutan tersebut. Kampung Binjai merupakan salah satu kampung yang telah berjaya di buka sehingga ke hari ini oleh Lebai Sarah@Sarif di Daerah Kemaman.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


KRAFT MENGGUNAKAN FOAM STICKS

Aktiviti Terkini | 24 Disember 2017

Aktiviti ini adalah untuk membuat penanda buku menggunakan foam stick mengikut kreativiti pelajar...baca selanjutnya

JOM KEMASKINI BRI1M SECARA PERCUMA DI PI1M BINJAI

Aktiviti Terkini | 27 - 31 Disember 2017

Aktiviti ini dapat membantu masyarakat setempat mengemaskini BRI1M secara atas talian dan petugas PI1M akan memberi tunjuk ajar kepada mereka yang memerlukan...baca selanjutnya

Pertandingan Presentation Skill & Kacau Bubur Asyura

Aktiviti Terkini | 07 Oktober 2017

Tujuan utama aktivti ini dijalankan untuk memberi peluang kepada peserta-peserta kelass ICT menunjuk kemahiran dan skill dalam membuat presentation...baca selanjutnya

KELAS USAHAWAN SOLEKAN

Aktiviti Terkini | 08 September 2017

Tujuan utama aktivti ini di jalankan untuk memberi peluang kepada usahawan untuk berkongsi ilmu solekan kepada penduduk sekitar....baca selanjutnya

Program Semarak Perpaduan Kemerdekaan Ke-60

Aktiviti Terkini | 26 Ogos 2017

Sempena sambutan bulan Kemerdekaan KRT Rumah Murah Binjai dgn kerjasama J3K Rumah Murah/Tmn Semarak Binjai mengadakan Program Semarak Perpaduan Kemerdekaan Ke-60...baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI IKBN KEMASIK

Aktiviti Terkini | 18 Julai 2017

Program ini dapat memberi pendedahan kepada pelajar IKBN terutamanya tentang media sosial, pentingnya ‘Klik Dengan Bijak’ bagi mengelakkan dari terpengaruh dengan buli cyber dan dapat memperkenalkan dan mempromosikan kemudahan yang disediakan di Pusat Internet 1 Malaysia seperti demo 3D Printer....baca selanjutnya

Sesi lawatan Dato' Sri Ahmad Shabery bin Cheek dan YB Wan Hakim melawat penduduk Binjai

Aktiviti Terkini | 22 Jun 2017

Sesi lawatan Dato' Sri Ahmad Shabery bin Cheek dan YB Wan Hakim melawat penduduk Binjai yg sakit sempena Bulan Ramadhan...baca selanjutnya

Aktiviti Menghias PI1M Binjai sempena Menyambut Hari Raya

Aktiviti Terkini | 04 Jun 2017

Aktiviti ini diadakan untuk menghias PI1M Binjai sempena Menyambut Hari Raya yang bakal tiba...baca selanjutnya

Majlis Selawat Perdana

Aktiviti Terkini | 25 Mei 2017

Majlis Selawat Perdana ini diadakan di Masjid Binjai yang diadakan bersempena menyambut bulan ramadhan...baca selanjutnya

Pertandingan Presentation

Aktiviti Terkini | 20 Mei 2017

Pertandingan ini bertujuan untuk menyerapkan nilai keyakinan dalam diri ahli-ahli PI1M...baca selanjutnya

'Public Speaking & High Impact Presentation Training'

Aktiviti Terkini | 24 - 25 April 2017

Kursus ini melibatkan 56 Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Wilayah Timur. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang cara menyampaikan perbentangan dan memberi penerangan yang lebih jelas tentang pengurusan PI1M kepada Pengurus & Penolong Pengurus setiap PI1M....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI SM SAINS DUNGUN TERENGGANU

Aktiviti Terkini | 04 April 2017

Program ini dapat memberi pendedahan kepada pelajar terutamanya tentang media sosial dan elakkan dari terpengaruh dengan buli cyber dan dapat memperkenalkan dan mempromosikan kemudahan yang disediakan di pusat internet...baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DAN KDB BERSAMA MURID-MURID TABIKA KG BARU KEMASIK & COLOURING ONLINE

Aktiviti Terkini | 14 & 19 Mac 2017

Program ini memberi pendedahan awal kanak-kanak tabika mengenai Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dan menyemai minat awal kanak-kanak terhadap bidang Teknologi Maklumat. Selain itu, ia dapat menerapkan nilai-nilai positif dan etika penggunaan Internet, Telefon Pintar dan gajet-gajet yang digunakan oleh kanak-kanak....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DAN KDB BERSAMA MURID-MURID TABIKA KG BARU 1 ,2 DAN 3

Aktiviti Terkini | 26 Februari 2017

Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Kg Baru Kemasik dengan kerjasama PI1M Anak Dara, PI1M Bukit Kuang, PI1M Binjai, dan PI1M Cherul telah mengadakan Program Advokasi Mesra ICT di Tabika Kemas Baru. Seramai 80 orang murid Tabika Kemas dan 3 orang guru terlibat sama dalam program tersebut. Program yang dijalankan selama 3 jam ini merangkumi aktiviti seperti taklimat KDB/Asas ICT, Tayangan Video, dan aktiviti berkumpulan bersama kanak-kanak Tabika....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DAN KDB BERSAMA MURID-MURID TABIKA TOK KAPUR BINJAI

Aktiviti Terkini | 22 Januari 2017

Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Binjai dengan kerjasama PI1M Anak Dara, PI1M Geliga, PI1M Kg Baru, dan PI1M Pasir Gajah telah mengadakan Program Advokasi Mesra ICT di Tabika Kemas Tok Kapur. Seramai 27 orang murid Tabika Kemas dan 3 orang guru terlibat sama dalam program tersebut. Program yang dijalankan selama 3 jam ini merangkumi aktiviti seperti taklimat KDB/Asas ICT, tayangan video, dan aktiviti berkumpulan bersama kanak-kanak Tabika....baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti